Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana limpah kurnianya kita dapat nikmat paling besar dari Allah S.W.T., iaitu nikmat Islam dan nikmat iman. Jika tiada kedua-kedua nikmat yang besar ini, mungkin kita akan tergolong dalam golongan yang sangat rugi. Oleh itu, kita akan pelajari tentang rukun-rukun iman yang terdapat dalam Islam.
1. BERIMAN DENGAN ALLAH
- Allah ialah Tuhan Yang Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Kata Allah banyak dikenalkan didalam ajaran Islam. Kita mesti mengaku bahawa Allah S.W.T. ada dan melaksanakan segala perintah Allah dan menghidarkan apa yang tidak disuruh.
2. BERIMAN DENGAN MALAIKAT
- Meyakini bahawa Malaikat itu ialah makhluk Allah, dijadikan daripada nur (cahaya), bersayap, tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah S.W.T.
- 10 malaikat yang wajib kita beriman ialah:
* Jibril - Menyampaikan wahyu kepada rasul dan nabi dan merupakan
ketua para malaikat.
* Mikail - Menurunkan hujan dan mengatur pembahagi rezeki.
* Israfil - Meniup sangkakala pada hari kiamat sebanyak dua kali.
* Izrail - Mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa.
* Munkar - Menyoal orang yang mati di dalam kubur.
* Nakir - Menyoal orang yang mati di dalam kubur.
* Ridwan - Menjaga pintu syurga.
* Malik - Menjaga pintu neraka.
* Raqib - Mencatat amalan baik setiap manusia.
* Atid - Mencatat amalan buruk setiap manusia.
3. BERIMAN DENGAN KITAB

- Percaya kepada kitab iatu Al- Quran merupakan rukun iman yang ketiga. Beriman dengan kitab Al-Quran ialah meyakini bahawa Allah S.W.T. telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-Nya yang tertentu. Semua kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.
- Al-Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.
- Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (surah Al-Hijr 15:9)
4. BERIMAN DENGAN RASUL

- Meyakini bahawa rasul - rasul itu pesuruh Allah, lelaki dan mendapat wahyu daripada Allah S.W.T. untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.
- Ada 25 nama rasul yang wajib kita beriman antaranya ialah:
- Nabi Adam
- Nabi Idris
- Nabi Nuh
- Nabi Hud
- Nabi Soleh
- Nabi Ibrahim
- Nabi Luth
- Nabi Ismail
- Nabi Ishak
- Nabi Ya'kob
- Nabi Yusuf
- Nabi Ayyub
- Nabi Syu'aib
- Nabi Musa
- Nabi Harun
- Nabi Zulkifli
- Nabi Daud
- Nabi Sulaiman
- Nabi Ilyas
- Nabi Ilyasa'
- Nabi Yunus
- Nabi Zakaria
- Nabi Yahya
- Nabi Isa
- Nabi Muhammad S.W.T.
- Meyakini bahawa alam ini akan musnah. Selepas itu, manusia akan dihidupkan semula untuk dihisab segala amalannya. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang ingkar perintah Allah ditempatkan di neraka.
- Nama-nama kiamat ialah:
# Hari akhir dunia
# Hari kebangkitan
# Hari perhimpunan
# Hari perhitungan
# Hari pembalasan
- Tanda-tanda hari kiamat ialah :
# Matahari terbit dari barat.
# Muncul ya'juk dan ma'juk.
# Keluar dabbah dari bumi.
# Turun Nabi Isa alaihi salam.
# Berlaku gempa bumi.
# Keluar dajjal
6. BERIMAN DENGAN QADA' DAN QADAR
- Meyakini bahawa semua yang berlaku kepada diri kita bahkan seluruh alam telah ditentukan oleh Allah S.W.T.
- Rasulullah bersabda yang bermaksud :
" Apabila seorang hamba Allah ditimpa dengan sesuatu musibah terhadap harta atau dirinya, lalu dia merahsiakannya, dan dia tidak mengadu kepada sesiapa kecuali Allah, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya."
( Riwayat Tibrani )